Blog Ini Masih Diselenggara oleh Rozaliah Mokhtar

Friday, July 20, 2012

Sendiri Itu Terapi .



Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 

Allah SWT berfirman:

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :)

Wallahualam...

sabar wahai roza



Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.

Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.

Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)



Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.

"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)

Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.

Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)

Sunday, May 13, 2012

hanya tuhan yang tahu



assalamualaikum....selamat malam kepada semua warga blogger yang singgah ke blog saya...malam ne saya akan menulis sebuah luahan hati seorang insan yang bernama kekasih....kadang2 terlintas d fikiran napa mesti kita mencintai n dicintai?jawapannya semua ada pada diri kita....kita sebagai hamba ALLAH tak perna terlepas dr ingin di cintai n d sayang oleh insan yang bernama lelaki,sama seperti saya juga...ALLAH ciptakan kita berpasang2 di muka bumi ini...dengan ikatan yang sah n suci iaitu ikatan suami isteri,bukan pasangan couple...inilah lumrah sekarang bercinta sebelum kahwin...nak tahu apa cerita sebenarnya jom kita baca...kisah ini tak ada kaitan dengan sesiapapn mahupun diri saya...just nak buat perkongsian untuk anda semua...saya harap dengan cerita ini mampu membuka mata kita semua...bahwa cinta itu tak selamanya akan bersama...melainkan cinta yang benar2 mendapat keredhan darinya...Amin...hehe sungguh panjang kata2 ne tau...bh saya hnya menggunakan nma saya sebagai title dalam cerita ne...hehe nak jadi pelakon jap je...hehe


ya allah berikan aku kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian drmu.....hurm rasa2nya ssh kah kalau orang tue berterus terang dengan kita,ndak payahlah mahu menyembunyikan sesuatu dr kita....allah itu ndak perna tdr...allah akan buka semua apa yang kita lakukan d belakang hambanya...walaupun seseorang itu bukan halal di sisi kita....ya allah baru pulak ku tahu...(sabar2 roza ku tahu dirimu sentiasa bersabar,hanya tuhan saja yang tahu....inilah beruntungnya orang yang selalu d tipu n dikhinati ne kan....akhirnya allah beri petunjuk pada kita...alhamdulillah ya allah engkau berikn hamba petunjuk....amin...)

bukan apa,aku tak memburukan sesiapa,sebabnya orang ne ku sangat2 sayang n cintai....tak thulah apa motifnya dia buat aku mcm ne....kalau tak suka cakap jak tak suka tak payah nak tipu2 orang dr belakang....dah banyak kali dia buat macam ne dengan aku...tapi aku masih bersabar,coz engkau yang ku sayang....ya allah sanggupnya dia buat mcm ne dengan aku...inilah sebabnya kalau kita percaya 100%...hurm...

"cinta memang mampu membuat seseorang itu menunggu lebih lama,tetapi kadangkala kita harus mencintai dirimu juga dengan menyedari bila dirimu harus pergi atau melepaskan cinta itu pergi"

kalau difikirkan apa lagi yang nak dia sembunyikan dari aku,kata sehidup semati n bla.bla.....aduina ndak tahulah lepas ne apa lagi yang dia cakap dengan perempuan2 yang di kenal,ari tue cakap aku ne kajen ar,na lepas ne msti dia cakap aku ne neneknya...huhuuhuhuhu sakitnya ati...hnya tuhan jak yang tahu...dahlah buat acount fb banyak...kenapa susah sangat mahu jujur ne....

memanglah jika aku di bandingkan dengan perempuan yang engkau kenal tue,memang aku jauh lebih baik dari mereka,mereka lebih cantik alim solehah n sebagainya....dengan aku ne apalah yang ada...hanya perempuan bla ko perlukan bru ko datang....ya allah hanya engkau saja yang mengetahui apa yang ku alami saat ini...

aku ingin cuba menjadi seperti ini di hadapanmu....

aku yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu, ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian..

aku yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu..

aku yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan penciptanya.

seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut luka di dadanya..

p/s :ku sentiasa cuba untuk bangkit, cuba untuk kuat, cuba untuk kembali, cuba untuk tabah dan yang pasti dia mampu untuk kembali gembira dan bahagia seperti insan lain..♥♥

dan aku mesti kuat untuk menghadapi sesuatu kemungkinan yang akan datang

Kᴇᴋᴇᴄᴇᴡᴀᴀɴ Bᴜᴋᴀɴ Pᴇɴɢʜᴀʟᴀɴɢ Kɪᴛᴀ Uɴᴛᴜᴋ TᴇƦᴜS Bᴀɴɢᴋɪᴛ.. Tᴇᴛᴀᴘɪ ᴋᴇᴋᴇᴄᴇᴡᴀᴀɴʟᴀʜ Yᴀɴɢ Mᴇɴᴊᴀᴅɪ

GᴜƦᴜ Kᴇᴘᴀᴅᴀ Kɪᴛᴀ Uɴᴛᴜᴋ Mᴇɴᴀɴᴀᴍ Bᴇɴɪʜ Dᴀɴ Sᴇᴍᴀɴɢᴀᴛ Dᴀʟᴀᴍ Hᴀᴛɪ Uɴᴛᴜᴋ Bᴀɴɢᴋɪᴛ Kᴇᴍʙᴀʟɪ

Mᴇɴᴀɴᴀᴍ SᴇƦᴛᴀ Mᴇᴍʙɪɴᴀ Sᴇᴍᴜʟᴀ Aᴘᴀ Yᴀɴɢ Tᴇʟᴀʜ Hɪʟᴀɴɢ..

Jᴀɴɢᴀɴ BᴇƦSᴇᴅɪʜ Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ Yᴀɴɢ Kɪᴛᴀ ʜᴀᴅᴀᴘɪ KᴇƦᴀɴᴀ Tᴜʜᴀɴ ɪᴛᴜ Aᴅɪʟ ᴅᴀɴ PᴀSᴛɪ Aᴋᴀɴ

Mᴇɴɢɢᴀɴᴛɪᴋᴀɴɴʏᴀ Dᴇɴɢᴀɴ Yᴀɴɢ Lᴇʙɪʜ Bᴀɪᴋ DᴀƦɪᴘᴀᴅᴀ Yᴀɴɢ Sᴇʙᴇʟᴜᴍɴʏᴀ.. ♥ INNALLAHAMA'ANA 

 mungkin aku tidak sempurna di matamu sehingga engkau mencari cinta yang lain....mungkin dengan jarak ini juga engkau mahukan insan lain dalam perhubungan kita...tak tahulah...kenapa engkau sanggup buat aku macam ne...aku sanggup lepaskan semuanya demi engkau,ya ALLAH aku tidak cukup kuat untuk membahaskan semuanya...hanya engkau saja yang maha mengetahui...


jangan di sangkah panas sampai ke petang,rupanya hujan d tengah hari...

BiLa KiTa CiNtA KiTa AkAn SaKiT
BiLa kItA SaKiT kItA bEnCi
BiLa kItA bEnCi kItA CuBa MeLuPaKaN
BiLa kItA CuBa MeLuPaKaN kItA mUlA RiNdU
BiLa kItA mUlA RiNdU KiTa hArAp CiNtA lain ItU dAtAnG
TaPi tIdAk mUnGkIn RaSa YaNg SaMa
Dan ketahuilah Tiada Cinta Yang Kekal Melainkan Cinta Allah

bukan kata diri ini sempurna dan tak punya kekurangan,terlalu banya kekurang pada diri ini sehinggalah terlalu hina di matamu....

maka amat2 MUSTAHIL untuk kita NAMPAK KEBAIKANNYA
Andai KEBURUKAN & KEKURANGAN yang kita CARI dalam diri seseorang,

Tetapi, jika kita sedia MENERIMA kekurangan seseorang, pasti kita akan nampak seluruh KEBAIKANNYA
KEKURANGANNYA DIREDHAI, KELEBIHANNYA DISYUKURI

Dan janganlah mudah MENGHUKUM seseorang di atas KESILAPANNYA.. Kelak kita akan BUTA dengan KESILAPAN & KEKURANGAN diri kita..



bukan aku tak setia menantimu serta menyayangimu...dirimu tahu aku bagaimana,walaupun sudah engka buang jauh diriku,aku sentiasa menantimu n mempertahankan hubungan ini...apa lagi yang tak perna membuatkan diriku tidak cukup untuk mu...semua keinginan mu ku turutkan...kadang2 ku terfikir kenapa harus engkau lakukan ini terhadapku,adakah engkau merasa bosan terhadap cinta yang selama ini ku berikan padamu...ku tak perna mengenal erti penat lelah untuk terus berada di sisimu...aku tak seperti perempuan lain,aku setia menantimu walaupun engkau sering memberikan ku harapan yang sia2...ku tahu pengorbanan mu selama ini terlalu besar dan aku sangat menghargi apa yang engkau berikan padaku 


Hanya mampu ku bersabar


Disebalik "air mata", pasti akan datang "senyuman" ♥
Disebalik "luka", pasti akan datang "penyembuh" ♥

Disebalik "kesabaran", pasti datang "kebahagiaan" ♥

Disebalik "kesulitan" pasti datang "kemudahan" ♥


Sesungguhnya Allah Bersama Hamba-hambanya yang SABAR

mungkin hanya seperti ini

SUATU HARI nanti..
seseorang akan HADIR ke dalam hidupmu, dan menyintaimu seperti mana yang kamu MAHU..^_*

Jika suatu hari itu, adalah hari ini...bersyukurlah..
Jika suatu hari itu, adalah semalam, TETAP bersyukurlah..
NAMUN,,
jika suatu hari itu, adalah esok.. atau mungkin hari3 yang seterusnya.................
BERSABARLAH...

Masa itu tetap akan HADIR dengan izin NYA..jika tidak di sini, di SYURGA ALLAH hendaknya..♥ usah DIKUTIP lagi serpihan KACA..sabarlah sehingga kau temukan PERMATA..CINTA itu INDAH pabila telah TIBA masa dan haknya... ^__^


bukan aku tak setia menantimu,engkau tahu berapa ku setia n berharap engkau jujur kepadaku,tak salah kalau kita bersikap jujur dengan orang,malahan diberikan pahala lg oleh yang maha esa...

aku selalu berharap kepada pemilik tulang rusukku...

Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) ♥♥

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu... ♥
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya... ♥
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya..


dan aku tak perna mengharapakn dirimu sempurna,cukup hanya kekurangan itulah yang aku inginkan darimu....


Saya Tak Perlu Wajah handsome Awak..!
Saya Tak Perlu Duit Berjuta2 Awak...!
Saya Tak Perlu Kereta Mewah Awak....!
Saya Tak Perlu Pangkat Tinggi Awak.....!
Saya Tak Perlu Populariti Awak.....!
Yang Saya Perlu Hanyalah Ketulusan Hati Awak Mencintai Saya...!
Yang Saya Perlu Agama Awak....!
Dengan Agama tu Awak Dapat Bimbing Saya...!
Saya Nak Jadi Bidadari Awak di Dunia Dan Di Syurga Nanti..! 

untukmu yang ku kenali....ketahuilah oleh mu bahwa tiada insan yang sempurna di dunia ne,jika aku bukan pilihan hatimu aku redha ngan ketentuannya...dan ku takkan perna berubah hati untukmu,n kn kuteruskan mencintaimu wlupun engkau menjadi milik insan yang lain...

bila hati ini engkau sakiti...


Assalamualaikum....inilah kehidupan yang sebenar kena tabah menjalani kehidupan walaupun kekadang d sakiti....ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..apapn kena sabar dan redha saja menghadapi ujian yang kian mendatang...senyum tak perlu kata apa-apa..hehehe...hidup ini ibarat roda,kadang2 d bawah,kadang2 d atas...

roza2 mesti sabar ya sebab semuanya itu ujian dari ALLAH, kita kena yakin dengan semua yang ALLAH berikan pada kita...insyaALLAH ada hikmah yang tersembunyi yang ALLAh berikan untuk mu....

"InsyaAllah, bersabar dan terus bersabar..
moga Allah memberikan KEKUATAN utk kita meneruskan kehidupan kita dan menjadi org yg berSABAR..ada hikmah di penghujungnya..percayalah ^_^ InsyaAllah..~

satu kemungkinan yang besar akan terjadi

‎~ Jangan terlalu lama menangisi apa yg telah terjadi. Hal yg kamu tangisi saat ini mungkin hal yang akan kamu syukuri suatu saat nanti...:)

InsyaAllah..~


setiap kata yang engkau ungkapan tak perna ku melupakannya...walaupun ku cuba sedaya upaya

 untuk melupakannya..

"kadang2 sekeras manapun kita berusaha untuk melupakan seseorang namun kita pasti akan

  mengingati setiap kata2 yg pernah dia ucapkan"

dalam hatiku berkata.....mybe aku tak cukup semourna d matanya,sbbnya dia ada suka orang lain sdh,jadi tuelah dia rsa mmg dia akan lebih memihak d sna dr aku...

apa2pun sabar dan redha jak yang mampu ku lakukan sekarang ne....ya ALLAH kekadang diri ini tak boleh menipu,air mata ini tak blh d thn untuk tak menitiskannya...namun apakan daya aku hanya manusia biasa....setiap perhubungan takkan ada yang kekal melainkan pada ALLAH saja....

kesetiaanku
Kesetiaan menghalangi
Kupindah ke lain hati
Dan tak ingin ku melukai

Mendambakan cinta ini
Hanya kekalnya denganmu
Tapi kudrat tak di tanganku

Padamu kualunkan rinduku
Sayang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku

Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Kurelai cinta tak suci ini pergi

Kuhayunkan langkah kaki
Meraih cinta yang suci
Moga ada insan yang luhur... sehati

Segaris nada rindu
Hilang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku

Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Diri ini tak kau hargai

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Kuredhai cinta tak suci ini pergi... jauh
Cinta lalalalala... kudambakan...
Yang terbaik

untukmu....aku takkan perna berasa kesal mahupun bosan dalam penantian ini,kerna ku tahu hati ini tak mudah melupakan insan yang perna aku cintai,andai saja engkau ada insan lain tika ini,ku harap setialah kepadanya kerna kesetiaan itu penting n kejujuran jgk merupakn simbolik dalam setiap perhubungan...bagiku aku setia menerima mu jadi seorang sahabt bila engkau memerlukan aku....

Friday, May 11, 2012

Kerana Dengan Cara Ini Allah Mencintaimu



assalamualaikum....Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH,kerna dengan limpah dan kurniaanya ku masi di beri nafas untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan sabar n tabah...apa yng kita lalui ari ini tidak semestinya akan berlaku akan datang...insyaALLAH selagi ALLAH ada di sisi ku akan menjalani kehidupan ini dengan lebih tenang tanpa menoleh semula ke belakang...yang berlalu biarlah berlalu usaha di kenang n ditangisi....kena apa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambanya....dengan lebih lanjut lagi saya ada kongsi sebeuah artikal untuk anda n untuk diri saya juga,semoga artikal ini dapat membuka mata kita berapa pentingnya cinta  itu...



Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara sepasang kekasih.
Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan iman kita sendiri.
Jika kebiasaan cinta manusia, apabila seseorang mencintai kekasihnya ia pasti akan memberikan yang terbaik bagi pasangannya selagi ia terdaya dan cuba sedaya upaya untuk mengembirakannya dan tidak mahu kekasihnya dirundung rasa kesedihan. Itulah kebiasaannya cinta manusia. Namun, bagaimana pula caranya  Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya?
Mereka yang dekat dengan Allah, menerima ujian yang sangat hebat kerana dengan cara inilah Alllah mencintai kekasihNya. Lihat sahaja bagaimana Allah Azzawajjala menguji kekasihnya Rasullah S.A.W dengan pelbagai ujian. Allah tidak memberikan jalan mudah untuk kepada Rasullah S.A.W untuk berjaya dalam usaha dakwah baginda di Mekah dan Madinah meskipun baginda adalah kekasihNya. Begitu juga dengan ujian sakit yang berpanjangan yang diterima oleh Nabi Allah Yaakub dan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail apabila turunnya perintah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Mengapa apabila semakin dekat kita dengan Allah Yaa Rabbul Izzati, semakin tinggi ujian yang Allah timpakan? Kerana dengan cara ini Allah mencintai hambaNya.
Firman Allah :
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
[Al-Ankabut: 2-3] 
Hebatnya dan luar biasanya cinta Allah apabila Dia menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hambaNya. Percayalah, apabila diturunkan ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai dan menyukai apabila hambaNya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan dariNya. Unik dan luar biasa bukan cara Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya? Kerana dengan cara ini Allah mencintaimu.

Thursday, May 10, 2012

badai melanda hatiku

nak lembutkan ati seseorang tue tak boleh dengan lagu,melalui doa sudah cukup untuk dia tahu bertapa engkau merinduinya...apapun sekali skala aku berjiwang melayan perassan yang tak tahu nak di tujukan kepada siapa pun...(itulah lumrah dunia roza,engkau kena tabah,apapn itu kata ati kecil ku....sesungguhnya ALLAH sentiasa bersamaku,ingat tue pesan seorang sahabatmu)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Wednesday, May 9, 2012

"♥♥ Berbahagia itu INDAH ♥♥





Assalamualaikum...na kali ini pulak aku mencoret enteri yang membuatkan aku beranggan seketika..hehehe nak tahu apa yg saya tulis kali ini ialah "♥♥ Berbahagia itu INDAH ♥♥ ~


♥ Jika kau mencintaiku karena Allah jangan dekati aku ♥

♥ Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menggodaku ♥ 

♥ Jika kau mencintaiku karena Allah jangan merayuku ♥ 

♥ Jika kau mencintaiku karena Allah jaga izzahmu denganku ♥

 ♥ Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menyentuhku ♥

 ♥ Jika Mencintaiku karena Allah jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya ♥ 

JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAMU..♥..♥..♥..♥..

 ♥ Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu ♥ 

♥ Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu♥

♥ Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu ♥ 

♥ Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK ♥ 

 hehe mulalah aku beranggan ne....siap menggunakan nama singkatan lagi tue.....(roza2 sudah2 lah beranggan tue,tu kata hatiku kecil ku berbicara)

Wahai roza.. inginku menyayangimu, tapi tak sekarang inginku 

mencintaimu, tapi tak sekarang inginku memilikimu, tapi tak sekarang tapi

NANTI suatu saat, dalam sebuah ikatan Suci yang di Redhai oleh-Nya .. karena

 jika kini ku penuhi inginku ku akan menodai kasih putih sang Ilahi dan

 menodai cinta sucimu Dihatiku tersembunyi harapan yang suci

Tak perlu engkau sangsikan lagi kerna namamu terukir menghiasi hatiku

Tak perlu dengan kata-kata seSungguhnya walaupun kukelu tuk 

mengungkapkan perasaanku Namun penantianmu pada diriku jangan engkau salah ertikan

Kalau memang engkau pilihkan ku akan setia terhadapmu dan membawamu pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu yang selama ini ku nantikan


P/s......hehe apa salahnya beranggan2 kan...hehehe lagipun kalo dh jodoh aku sampai ku takkan menolok....hehe bukan apa,sebenarnya niat di hati mahu kawen awl,tapi apakan daya...tak ada lagi calon ne,ada calon pun belum tentu lagi boleh terima ke kurangan yang kita ada.....apa pun ku hanya mampu berdoa kepada ALLAH untuk di berikan jodoh yang baik......Amin....


Saya Tidak Cantik 。。。


Assalamualaikum.....Alhamdulillah enteri kali ini pula berkaitan dengan kecantikan seorang wanita...apap pun saya tetap bersyukur kerna ALLAH Anugerahkan kecantikan kepada setiap wanita...Alhamdulillah walaupun saya tidak secantik mereka,namun saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki....yang penting akhlak dan iman itu yang cantik sebabnya itulah yang akan  ALLAH pandang kepada kita semua.....

Saya Tidak Cantik 。。。

Walaupun saya tahu saya tidak cantik, saya tetap ingin banyak bersyukur,,,,

Alhamdulillah,,,karena saya tidak cantik , saya tdk mnjdi mangsa gangguan laki2 yg boleh merosak iman dan akhlaknya.

Alhamdulillah,,,karena saya tdk cantik , saya dpt memelihara diri dari pandangan nafsu lelaki yg tdk menjga pandangannya.

Alhamdulillah,,,karena tdk cantik , saya selamat dari menjadi senjata syaitan utk mencairkan iman seorang laki2.

Alhamdulillah,,,karena tidak cantik , saya jadi tdk mengharapkan pujian dari lelaki dan wanita.

Alhamdulillah,,,karena tdk cantik , pada akhirnya saya akan menemukan insan yg ikhlas mencintai saya apa adanya.

Karena saya tahu saya tdk cantik pada wajah dan pandangan manusia , maka saya harus belajar dan berusaha mnjdi cantik pd pandangan ALLAH Subbhaanahu Wata'ala

Karena bukan kecantikan dunia yg menyelamatkan , tetapi kecantikan akhlak yg akan membawa kita menuju kebahagiaan akhirat

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes