Blog Ini Masih Diselenggara oleh Rozaliah Mokhtar

Thursday, April 1, 2010

UJIAN DARI ALLAH TANDA KASIH SAYANG..

UJIAN DARI ALLAH TANDA KASIH SAYANG..
Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan melalui kesenangan dan kemewahanlah yang menjadikan punca rosaknya kebanyakan manusia pada hari ini.sebaliknya orang yang dididik dengan kesusahan dan kepayahan akan menjadikan manusia yang beragama berjaya dalam hidup.Ini adalah lumrah kehidupan sebagai makhluk-Nya didunia ini. Itulah kebenarannya.Dan kalau kita manusia nampak rahsia ini, apalagi Allah s.w.t Tuhan yang menciptakan kita.Dia amat lah tahu bahawa demi menyelamatkan seorang manusia, caranya ialah susah-susahkan,diuji, dihukum dan diberi tanggungjawab yang berat dan penting..itulah tanda sayang dan cinta yang sebenarnya.

Nabi kita sendiri, Muhammad s.a.w diburu oleh kaumnya untuk dibunuh, yatim piatu, tidak tahu membaca dan menulis.Menjadi pengembala kambing dan berkali-kali memasuki medan peperangan.
Orang –orang yang tinggi darjatnya disisi Allah maka merekalah yang paling berat ujiannya.Orang yang mengaku beriman ,dan beramal tetapi ujian-ujian tidak banyak menimpa dirinya,bererti Allah belum memberi perhatian istimewa kepadanya.Orang yang disayangi oleh Allah swt akan diuji dan dihukum oleh Allah tanpa ditangguh-tangguh lagi.
Kebanyakan daripada para nabi, oleh kerana melakukan amalan yang menyalahi (khilafulaula), terus ditegur bahkan dihukum oleh Allah, walhal perkara ini bukanlah membawa dosa.Rasulullah saw pada suatu ketika pernah tidak melayani Abdullah Bin Maktum yang buta matanya kerana membesarkan pembesar-pembesar Quraisy yang datang mengadapnya.
Allah terus menegur di mana teguran itu diabadikan di dalam Al-Quran dengan maksudnya,: “Tahukah kamubarangkali ia ingin membersihkan dirinya atau dia ingin mendapatkanpengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya”
Begitu juga Nabi Sulaiman ,kerana tidak menyebut Insya-Allah maka Allah telah menarik segala kemampuannya untuk menghubungi 99 orang Islam dalam satu malam.Nabi Yunus pula, oleh kerana merajuk dengan kaumnya terus mendapat hukuman, iaitu dimakan olh ikan Nun.
Kisah –kisah tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah swt akan memberikan teguran dengan segera kepada hamba-hamba yang kasihinya agar mereka segera menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan segera memperbetulkannya.Hal yang sama juga berlaku ke atas diri kita.
Oleh itu bagi kita,terutamanya orang –orang yang banyak beribadah, berzikir dan berjuang, maka sememangnyalah akan selalu diuji oleh Allh swt.Ujian boleh menghapuskan dosa atau menaikkan darjat di sisi Allah swt.Sentiasalah kita memperingati diri bahawa segala kesusahan yang menimpa kita adalah ujian dari-Nya ,kerana sesudah nya ialah nikmat pula.Sebaliknya apabila diberi nikmat beringatlah kerana bahawasanya sesudahnya ialah ujian.
Maka marilah kita sebagai hamba yang berada antara dua pemberian ini, menerimanya dengan penuh sabar,syukur tawakal redha dan berbaik sangka dengan Allah swt. Moga – moga Allah menyambut kita dengan sebaik-baiknya, di hari pertemuan dengan-Nya nanti.Iaitu di hari perhitungan untuk di hisab segala perbuatan baik dan jahat yang telah kita lakukan. DIPETIK DARI DZUL NURAIN (APR 03)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes