Blog Ini Masih Diselenggara oleh Rozaliah Mokhtar

Wednesday, December 15, 2010

Makin Sayang


Bila memandang gambarmu
Hatiku rasa terharu
Senyuman dibibirmu
Menawan kalbu

Mengapa hanya bayangan
Tak sanggup berjauhan
Andainya kita bersua
Betapa mesra

Kudampingimu oh sayang
Hatiku berlagu riang
Teringat malam dan siang
Bertambah sayang

Sungguh ku terpesona
Terasa kau bersama
Memberi kucupan mesra
Daku bahgia
Semakin hari kukenang
Jiwaku rasa tak senang
Semakin hari kupandang
Semakin sayang...

yang terindah

http://www.romanticjoys.com/love_clipart/love_clipart_04.gif

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Carilah Jalan Kembali




"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35


Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan.

Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah.

Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah.

Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga.

Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad.

Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan.

Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali.

Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan hati. Ya, jiwa yang kering kontang menggambarkan jauhnya kita daripada Tuhan.

Jiwa yang tak terisi dengan ruh Iman dan Taqwa akan diisi dengan keduniaan. Hakikatnya dunia itu takkan habis dikejar.

Makin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Terikat dengan material.

Makin kita punya pangkat, makin tinggi yang ingin kita kejar dan capai.

Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan.

Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman.

Bukan ertinya kita harus terkurung meninggalkan dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah.

Sebaliknya, gunakanlah apa sahaja yang ada atas dunia ini demi mencari jalan kembali kepada Allah.

Biar jasadmu keluar mencari anugerah Allah di atas muka bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada Ilahi.

Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan.

Padahal Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-Nya.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." - Az-Zumar: 54

Allah telah menyeru dan akan sentiasa menjawab panggilan kita saat kita mencari-Nya.

Cuma kita yang belum benar-benar tekad untuk kembali kepada-Nya.

Atau mungkin kita sering berusaha kembali, namun dunia tetap memesongkan kita dan lebih menarik hati kita.

Maka kita tak jadi kembali.

Kita berputus asa dan tak mahu lagi mencuba untuk kembali, padahal Allah tak pernah jemu menunggu kita menyeru melainkan kita sendiri yang jemu untuk meminta dan meniti jalan menuju-Nya.

Ingat, jangan berputus asa daripada Rahmat Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53

Wahai jiwa yang sentiasa menyesali diri, di ceruk manapun kau berada, apakah kau merasa bebas daripada pengawasan Allah?

Dalam keadaan manapun kau berada, adakah kau merasakan Allah tidak mengetahui isi hatimu? Sombongnya engkau tatkala kau pergi memalingkan wajahmu daripada Ilahi.

Sedangkan Dia tak pernah menutup pintu taubat bagimu.

Maka wahai manusia, kembalilah kepada Tuhanmu. Jika kau tak temui jalan, carilah... Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari.

Cinta Yang Tak Berbalas


Perasaan kecewa adalah bahagian dari gharizatul baqa'(naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia. Dengan adanya perasaan kecewa ini menunjukkan manusia memiliki aneka emosi jiwa. Ia dapat bergembira tapi juga boleh kecewa.Emosi negatif, seperti perasaan kecewa akibat tertolak, bukannya tanpa hikmah. Kesedihan akan memperhalus perasaan manusia, bahkan akan meningkatkan kepekaannya pada sesama mereka. Bila dikelola dengan baik maka akan semakin matanglah emosi yang terbentuk. Tidak meledak-ledak lalu lenyap seketika. Ia akan siap untuk kesempatan berikutnya; kecewa ataupun bergembira. Jadi mengapa tidak bersyukur manakala kita ternyata boleh kecewa? Kerana bererti kita adalah manusia seutuhnya.

Adakalanya cinta itu menyakitkan namun yang menyakitkan itu akan membuat diri kita lebih menghargai erti sebuah cinta.Cinta itu terlalu kuat dan terlalu indah. Cinta itulah satu-satunya perasaan yang lebih kuat daripada derita akibat kehilangan.Bila hati kecewa kerana cinta,ketika itu remuk rasanya namun apabila kita bersandar padaNya,pasti DIA akan membuka jalan yang tak kita sangka-sangka.DIA tahu apa yang terbaik untuk kita...Kekecewaan bukannya tanda berakhirnya segala cita-cita tetapi ia boleh menjadi satu permulaan untuk membina sebuah jalan kebahagiaan.Setiap apa yang dilalui dalam hidup ini adalah pelajaran,maka di sini kita mempelajari bahawa dalam hidup ini kita tidak dapat lari daripada masalah dan kehilangan sesuatu yang kita sayangi.Kebahagiaan bukanlah seni membangun kehidupan yang bebas dari masalah. Kebahagiaan adalah seni untuk merespons dengan baik ketika masalah menghampiri kita. 

Akhir kata,cinta itu adalah sesuatu yang amat perlu dihargai.Cinta bukannya permainan tetapi satu perasaan yang abstrak di mana terdapat kekuatan yang mampu membina sebuah madrasah kasih sayang dalam kehidupan ini.Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini.Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur.


Meskipun andai cinta ini tidak berbalas,cinta itu tetap akan dihargai hingga ke akhir hayat,meskipun esok dunia ini akan ditinggalkan cinta tetap menjadi keutamaan dalam hidup ini.Cinta mampu menjadikan seseorang insan itu daripada pesimis berubah kepada optimis.Hargailah cinta jika ia hadir dalam hidup dan jangan lukakannya walau sebesar lubang jarum.Dan seandainya kekecewaan tentang cinta yang tak terbalas itu menyelubungi diri,Ibnu Atha'illah dalam Tajul Arus memberi penawarnya dengan berkata,"Andainya kamu menyintai manusia belum tentu cintamu terbalas,tetapi andainya kamu menyintai Allah pasti cintamu akan berbalas,".Dan secebis kata indah dari hembusan angin lalu yang bertiup pilu bagi mengubati hati yang kecewa kerana cintanya tidak berbalas,terimalah kata-kata ini, "Cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan.Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan yang dialami oleh hambaNya."WaLlahua'lam



luahan hati wanita




Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Sebenarnya aku tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang dijaga rapi olehku selama ini semata-mata buatmu.

Itulah hatiku dan cintaku, membuatkanku tersedar dari lena yang panjang. Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. 

Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini kututup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah sedaya kudratku yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. 

Aku lebih bersifat perumahan kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah niatku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku buat expressionless face dan cool. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Seboleh-bolehnya aku melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah :Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.

Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? 

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain. Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak ku nafikan, sebagai wanita aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang sebenar, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai dalilku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku.

Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan dirimu mu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. 

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. 

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta Allah itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. 

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.


Tuesday, December 14, 2010

jangan tangisi apa yang bukan milik kita



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan perasaan yang begitu menggelora dalam jiwa.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terjadi, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terangkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi impian kita di dunia, entah itu rezeki, jabatan, kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita boleh dimiliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (QS Al-Hadid ;22-23)




Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :


".. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

umpama bunga sakura



Hidup umpama bunga sakura
Bunga sakura,
Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun kau tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,
Namun ingin aku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.

jodoh ketentuan ALLAH


JODOH KETENTUAN ALLAH......

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Semoga menjadi pedoman buat semua....

jangan mencari terlalu sempurna


mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes